Begitu lancar
kau berbicara denganku
meski dalam bahasa melayu.
Begitu cantik
kau berbaju kebaya
meski kain batikmu lusuh selalu.
Begitu rancak
kau bersembang-sembang
tentang onde-onde dan dondang sayang.
Katamu moyangmu cina peranakan
saudaramu ramai di negeri-negeri selat.
Kesalmu bila saudaramu tak lagi bangga
dengan gelaran baba dan nyonya.
Malah malu pula kerana tak mampu
menguasai bahasa ibunda negara asalmu.
Nyonya Alicia
bawalah aku menjengah duniamu
akan aku pertahankan budaya bangsamu
dari luput ditelan waktu.
Kerana darahku ini mungkin saja
berasal dari susur-galur
Sultan Mansur Shah dan Puteri Hang Li Po!
-hassanayat, di banjaran angsi, 5 Julai 2008
Sunday, July 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
san biler maser kuarga ko asal dari baba ngan nyoya lak muskil di dalam kepala batu patik heeh...
Post a Comment